Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi bersetuju untuk menilai semula dasar-dasar yang melibatkan sumber manusia di semua kementerian bagi menangani cabaran pasaran buruh.<br /><br />Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah dibuat ketika negara menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
